Aiman Hakim, Zahirah Macwilson Nikah Februari 2020

Meskipun baru sahaja sebulan mengikat tali pertunangan, pasangan merpati dua sejoli, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengumumkan yang mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari 2020.

 

 

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum memutuskan tarikh sebenar bila akan menamatkan zaman bujang mereka.

“Insya-Allah, kami akan berkahwin pada Februari 2020. Buat masa sekarang, belum ada tarikh spesifik, tapi kami akan kongsikan apabila sudah ada tarikh sesuai,” kata Aiman

 

 

Menurut Zahirah, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan diadakan di Kuala Lumpur.

 

“Tarikh perkahwinan juga kami perlu sesuaikan dengan lokasi. Kalau kami sebut tarikh, tapi belum ada lokasi, tak boleh juga kan.

 

“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-duanya akan berlangsung di Kuala Lumpur,” katanya.

 

Gambar: mStar

 

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah telah mengikat tali pertunangan pada Jun Lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link