Akhirnya Fattah Amin Buka Mulut Tentang Remake Coffee Prince

Posting terbaru aktor popular, Fattah Amin menerusi akaun Instagramnya menjadi teka-teki ramai kerana kapsyen serta gambar yang dimuat naik seakan memberikan bayangan penglibatannya dengan remake drama Coffee Prince.

 

 

Tulisnya, “Coffee always make me happy. And tomorrow, I will be a “Prince.” ? Do you guys like coffee? What is your favorite coffee? ☕️ #stalkerscoffee #stalkerscafe #stalkerscafebyfattahamin @stalkerscafe_” menjadi tanda tanya sama ada pelakon yang kini sedang hangat diperkatakan bersama Nur Fazura ini benar-benar bakal membintangi watak utama remake drama popular dari Korea Selatan itu atau pun tidak.

 

EH! dengan segera mendapatkan jawapan terus dari Fattah untuk persoalan yang berlegar di minda ramai peminat k-drama.

 

 

1. Berdasarkan gambar terbaru yang Fattah kongsikan di Instagram, kapsyen “Tomorrow, I will be a Prince” menjadi tanda tanya ramai. Adakah itu bermakna yang Fattah bakal memegang watak utama dalam remake Coffee Prince yang sebelum ini diungguli oleh Gong Yoo?

 

Tidak menafikan dan juga tidak mengiyakan.  Sama-sama kita nantikan.

 

2. Jika ia adalah berita benar, apa harapan Fattah untuk menjayakan drama ini?

 

Di dalam setiap yang saya lakukan, saya akan lakukan dengan hati dan tidak mencuba menjadi orang lain, merangkumi semua aspek termasuklah lakonan dan nyanyian, jadi saya berharap agar ia dapat diterima dan disambut baik oleh orang ramai.  Walaupun jika bukan lakonan saya, saya berharap agar penonton masih menyokong industri kita.

 

3. Pandangan Fattah apabila ramai netizen yang menolak pemilihan Fattah dalam melakonkan watak hero Coffee Prince?

 

Ini mungkin kerana mereka membandingkan lakonan pelakon Korea, lakonan asal oleh Gong Yoo di dalam drama Coffee Prince ini. Cuma bagi saya untuk bawa Coffee Prince ini ke dalam industri kita, lakonan tersebut haruslah bersesuaian dengan budaya dan cara kita.

 

4. Jika bukan Fattah yang bakal mengungguli watak hero itu, sejujurnya siapa yang sesuai untuk memegang watak itu?

 

Mungkin jawapan kepada soalan ini lebih layak jika ditanyakan pada pengarahnya kerana hanya dia yang mengetahui kriteria yang di cari.

 

 

Share via
Copy link