Akhmal Nazri Bersedia Untuk Dunia Showbiz

Teks: Hafizan Mohd.

Gambar: Arkib EH!

 

lelaki

 

Jika disebut nama Akhmal Nazri mungkin ramai yang masih bertanya siapa jejaka ini? Namun jika merujuk pada watak Jibam dalam siri televisyen hit Oh! My English pasti ramai mengenali wajah ini. Bakat kelahiran Muadzam Shah, Pahang ini hadir dengan minat mendalam terhadap bidang lakonan serta pengacaraan.

 

04

 

Untitled Session mm609286

 

Tidak mahu hanya terikat pada watak Jibam semata, Akhmal sedang mengatur langkahnya untuk mara ke tahap yang lebih tinggi.

 

Untitled Session mm609375

 

Kenali lebih rapat Akhmal Nazri melalui wawancara eksklusif EH! bersama pelakon lelaki tempatan ini.

 

VISI DALAM BIDANG LAKONAN?

Saya mahu bakat saya dikenali dan dikenang sampai bila-bila, sehebat P.Ramlee mungkin.

 

DIKENALI DENGAN WATAK JIBAM DALAM OH! MY ENGLISH. TIDAK TAKUT TERIKAT DENGAN TAWARAN SERUPA?

Takut juga sebenarnya kerana setiap pelakon mengimpikan untuk membawa watak yang berbeza. Apa yang paling ditakuti setiap pelakon bagi saya adalah dilabel sebagai stereotype. Jadi disebabkan ini jugalah saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam siri ini pada musim akan datang dan mahu melakukan sesuatu yang baru.

 

SELAIN BERLAKON APA YANG ANDA MAHU LAKUKAN?

Sebenarnya saya bermula dalam bidang pengacaraan sekitar tahun 2006 namun kini fokus saya lebih kepada bidang lakonan kerana ia merupakan minat paling utama.

 

PENGARUH TERBESAR DALAM HIDUP ANDA?

Jika dalam bidang lakonan saya amat mengagumi Leonardo Di Caprio kerana dia membuktikan imej bersih tidak semestinya akan terikat pada tawaran watak yang sama. Sebagai contoh dalam filem Django Unchained dia telah membawa watak yang cukup berbeza. Dalam kehidupan pula sudah tentu kedua ibu bapa saya.

 

PERKARA YANG MEMBUAT ANDA BAHAGIA?

Apabila apa yang diimpikan menjadi kenyataan dan dapat membuat orang ketawa. Tentu juga setiap kali dapat bayaran hasil kerja.

 

JIKA ADA SATU PERKARA YANG INGIN ANDA UBAH TENTANG DIRI ANDA, APAKAH HAL TERSEBUT?

Saya mudah bosan jika berada dalam satu-satu majlis yang saya kurang selesa. Hal ini membuatkan saya membuat keputusan untuk pulang awal. Jadi saya kira itulah perkara yang saya ingin ubah supaya dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.

 

PERKARA SETIAP LELAKI HARUS LAKUKAN PALING TIDAK SEKALI DALAM HIDUP?

Bungee jumping di Scotland.

 

WISH LIST TAHUN INI YANG MASIH BELUM TERTUNAI?

Untuk memiliki kereta.

 

TOPIK APA YANG ANDA SUKA DIBAWA BERBUAL?

Semestinya gajet dan sukan bola sepak.

 

KUGIRAN MUZIK KEGEMARAN ANDA?

NOAH kerana saya membesar dengan lagu-lagu mereka. Sejak Peter Pan lagi lagu-lagu mereka sudah sebati dengan minat saya. Separuh Aku dan Mungkin Nanti antara yang paling dekat dengan kehidupan saya.

 

CARA TERBAIK WANITA MENDEKATI ANDA?

Jadilah diri sendiri.

 

 

Share via
Copy link