Aksi Dalam Video Muzik Baru, Peminat Syak Harry Styles Biseksual

Gambar : ikhsan Harry Styles / Gucci

 

‘Lights Up’ menjadi buah tangan baru bekas ahli kumpulan One Direction, Harry Styles. Setakat ini video muzik berdurasi 2.55 minit itu sudah ditonton lebih 18 juta orang di YouTube. Antara adegan yang menarik perhatian ialah bila mana Harry Styles dikelilingi oleh lelaki dan perempuan separa bogel (tidak berbaju). Sesekali kelihatan pelakon-pelakon dalam video ini memeluk, meletakkan kepala di bahu Harry Styles dalam ekspresi penuh sensual. Sebaik video muzik ini keluar maka bermacam-macam spekulasi bertebaran di laman sosial khususnya Twitter. Tambah menguatkan spekulasi ini ialah bila video dan lagu ini dilancarkan pada ‘National Coming Out Day’ iaitu pada 11 Oktober.


 

Sebelum ini Harry Styles sering dilihat mengibarkan bendera jalur pelangi yang cukup sinonim dengan kelompok LGBTQ dan bendera Black Live Matter setiap kali di hujung persembahan konsert solonya. “Saya mahu orang berasa selesa tanpa mengira siapa pun mereka. Saya sedar sebagai lelaki kulit putih saya tak melalui apa yang orang lain lalui khususnya mereka yang datang menonton persembahan saya. Saya tak boleh kata saya faham dan tahu apa yang mereka lalui kerana saya tak melaluinya. Saya tak layak untuk mengatakan ‘saya faham apa yang mereka rasa’ kerana saya tak melaluinya. Saya hanya mahu mereka rasa mereka diterima.”

 

Gambar : ikhsan Harry Styles / Gucci

 

Di dalam video muzik ini Harry Styles tampil cukup stylish dalam padanan Gucci. Dia menggayakan kemeja metalik berlabuci dalam ton biru muda dipadankan bersama seluar potongan lebar lengkap dengan suspender dan but tinggi warna putih.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link