Diserang Anxiety, Ariana Grande Batal Sesi Ramah Mesra Pada Saat Akhir

Gambar: insider.com

 

Penyanyi tersohor dunia, Ariana Grande terpaksa membatalkan sesi ramah mesra bersama peminatnya serta sesi sound check bagi konsert jelajah “Sweetener” akibat masalah kebimbangan melampau atau anxiety attack yang ditimpanya.

 

Menurut laporan media antarabangsa Dailymail.uk, Ariana atau nama sebenarnya Ariana Grande-Butera mengumumkan perkara tersebut beberapa jam sebelum majlis berlangsung menerusi email kepada peminatnya yang difahamkan telah membuat bayaran untuk menghadir sesi berkenaan di Antwerp, German.

 

Beliau dalam kenyataannya meminta agar diberikan ruang untuk dirinya membuat persediaan pada konsert mendatang, malah berterus terang kepada peminatnya tentang masalah anxiety yang membelenggu dirinya kebelakangan ini.

 

Tambah pelontar suara lagu 7 Rings itu, beliau tidak tergamak andai terpaksa menghadiri majlis berkenaan dan terburu-buru untuk pulang kerana beliau amat berbesar hati untuk meluangkan masanya bersama peminat yang digelar Arianators itu.

 

Gambar: saigoneer.com

 

“Alangkah baiknya kalau saya dapat kawal ‘penyakit’ ini.. tiada siapa yang dapat memahami melainkan mereka yang pernah mengalaminya.

 

“Saya sayangkan anda, saya berjanji untuk memberikan yang terbaik pada persembahan itu nanti,” katanya lagi.

 

Ariana dijadualkan bakal mengakhiri Sweetener World Tour di Inglewood, Amerika Syarikat pada 22 Disember ini.

 

Untuk rekod, konsert jelajah Dangerous Woman di Manchester pada tahun 2017 sebelum ini dihantui kontroversi serta mengejutkan seluruh penduduk dunia apabila peristiwa pengeboman atau serangan bunuh diri berlaku di Manchester Arena yang turut mengorbankan 22 nyawa penontonnya termasuk pelaku berkenaan.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link