Amelia Henderson Sudah Berkahwin

Oleh: Farhana Fuad

 

Ameliath

Gambar: Instagram Amelia Henderson

 

Gadis kacukan India dan Scottish ini kini selamat bernikah dengan pasangan hidupnya Tunku Harun, 29, pada 14 Ogos lalu bertempat di Carcosa Seri Negara, Amelia Henderson dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah sah bergelar isteri kepada Tunku Harunnarasheed Putra, anak kepada Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna.

 

Ameliath 2

 

Gambar: Instagram Amelia Henderson

Ameliath 3

Gambar: Instagram Tunku Harun

 

Ayahanda kepada Tunku Harun yang mangkat Mei tahun lalu, merupakan adik kepada Yang Di-pertuan Agong terkini, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Amelia adalah penyampai radio, model dan juga hos tv dalam beberapa rancangan milik Astro. EH! secara eksklusif telah menemu ramah Amelia Henderson berkenaan perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini.

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Seperti yang dimuat naik dalam akaun Instagram Amelia, kelihatan seperti Amelia baru sahaja bernikah. Jadi, boleh Amelia kongsikan masa perkenalan Amelia dengan Tunku Harun?

“Ya, saya sudah berkahwin. Sebenarnya kami sudah agak lama berkenalan. Ketika itu saya menjadi pengacara di majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapa Tunku Harun. Kami seakan mudah serasi bersama dan bermula dari situ kami mula berjumpa dan keluar bersama and then the rest is history.”

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link