Anjing Mati Dilanggar, Joe Jonas dan Sophie Turner Jalani Terapi

Pasangan selebriti Joe Jonas dan Sophie Turner meluahkan rasa sedih dan hiba selepas anjing kesayangan mereka maut dilanggar sebuah kereta di Bandar New York.

 

Gambar: CNA Lifestyle

 

Memetik laporan daripada Hollywoodlife, sumber terdekat menyatakan pasangan itu terpaksa menjalani terapi kerana difahamkan terkejut serta tidak dapat menerima pemergian serta kehilangan anjing kesayangan mereka itu.

 

Kehilangan anjing perliharaan yang dinamakan Waldo itu amat perit buat mereka dan sukar untuk digambarkan kerana sudah menganggap anjing tersebut seperti ahli keluarga sendiri.

 

 

Selain Waldo, pasangan ini juga mempunyai seekor lagi anjing bernama Porky yang dijaga dibela mereka sejak kecil lagi.

 

Untuk rekod, Joe Jonas dan Sophie Turner telah mengikat tali pertunangan pada Oktober 2017 dan melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei 2019 di Las Vegas, Nevada.

 

Gambar: etonline.com

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link