Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung


Dunia hiburan Malaysia dan Indonesia dimendungi dengan berita duka pagi ini. Aktor kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta. Berita pemergian suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) itu disahkan sendiri oleh pengurus BCL sendiri, iaitu Doddy.

Ashraf Sinclair yang berusia 40 tahun mula dikenali menerusi filem romantik komedia Gol & Gincu yang turut dibintangi oleh Nur Fazura dan Sazzy Falakitu meninggal dunia jam empat pagi tadi. Dan jika anda masih ingat Ashraf Sinclair mula diberi perhatian pabila muncul menerusi iklan Petronas sempena hari kemerdekaan yang dikenali sebagai Iklan kasut Gombak. Iklan tersebut turut dibintangi oleh Vanidah Imran.

Abang kepada pengcara Aishah Sinclair ini berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Jakarta dan hasil perkahwinan mereka dikurniai seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun dan dinamakan sebagai Noah Aidan Sinclair.

Khabarnya jenazah akan dikebumikan di Jakarta, dan ahli keluarga Ashraf di Malaysia akan berangkat ke Jakarta tengahari ini.

Ribuan komen atau mesej ucapan takziah membanjiri akaun instagram Ashraf dan BCL termasuklah ucapan daripada selebriti Malaysia dan Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

Manhatten steam

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

Share via
Copy link