Avril Lavigne Kembali ke Malaysia

Oleh: Farhana Fuad
 

poster2Gambar: redtix.airasia.com

 
Penyanyi antarabangsa ala punk pop Avril Lavigne kembali menggegarkan Malaysia yang juga merupakan kunjungannya kali ketiga ke Malaysia untuk membuat konsert sempena kembaranya untuk tahun 2014 ini.
 
Avril juga bakal mempromosikan lagu hit yang juga ditulis sendiri bersama suaminya, Chad Kroeger iaitu Let Me Go, Here’s to Never Growing Up dan Rock n Roll yang tercarta dalam Billboard Hot 100 sepenjang konsert jelajahnya ini.
 
Konsert live Avril Lavigne dibawakan oleh AMC Group ini akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 14 Mac ini pada jam 8 malam. Tiket telah mula dijual bermula pada 28 Disember lalu dan masih boleh didapati melalui redtix.airasia.com bermula dari harga RM88.
 
Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan tiket anda segera secara online atau di cawangan Rock Corner yang berdekatan anda sebelum sold out!
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link