Lagu Tak Laku di Radio, Ayda Jebat dituduh beli penonton di YouTube?

Meskipun ada di antara karya muzik Ayda Jebat kurang mendapat sambutan di corong-corong radio, namun perkara itu bukan penghalang untuk muzik video lagunya mendapat jolokan tinggi di YouTube.

 

Gambar: The Star Online

 

Menurut sumber daripada Harian Metro, Ayda yang popular dengan lagu Temberang itu menafikan yang dirinya membeli penonton di platform digital.

 

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, bukan caranya untuk menipu dengan membeli penonton bagi menaikkan jumlah tontonan di platform digital, akan tetapi beliau masih mengganggap perkara itu sebahagian daripada rezeki miliknya.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar: Mstar

 

Tambah Ayda, tidak semestinya lagu yang tidak ke udara di radio, “tidak popular” dalam kalangan pendengar, malah tetap dengan pendirian positif kerana beliau tidak lekang menerima banyak tawaran persembahan nyanyian.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link