Lagu Tak Laku di Radio, Ayda Jebat dituduh beli penonton di YouTube?

Meskipun ada di antara karya muzik Ayda Jebat kurang mendapat sambutan di corong-corong radio, namun perkara itu bukan penghalang untuk muzik video lagunya mendapat jolokan tinggi di YouTube.

 

Gambar: The Star Online

 

Menurut sumber daripada Harian Metro, Ayda yang popular dengan lagu Temberang itu menafikan yang dirinya membeli penonton di platform digital.

 

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, bukan caranya untuk menipu dengan membeli penonton bagi menaikkan jumlah tontonan di platform digital, akan tetapi beliau masih mengganggap perkara itu sebahagian daripada rezeki miliknya.

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar: Astro Gempak

 

Sehingga kini, Ayda juga difahamkan masih tidak pasti di mana kelemahan karya lagunya kerana timbul dakwaan pihak tertentu mendakwa beliau membeli penonton di platform berkenaan.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link