Bab Baru Najwa

Kedatangannya dalam industri muzik Malaysia menerusi lagu berentak  Jazz, Soul, R&B, Pop dan Classical mendapat sambutan yang sangat baik. Dia pernah merangkul dua anugerah; Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Terbaik ketika Anugerah Industri Muzik ke-18 menerusi lagu Got To Go. Najwa  bergerak secara berdikari bergiat aktif dalam nyanyian ketika menuntut di Berklee College of Music di Boston, Massauchusetts.
 
bab-baru-najwa

Gambar: facebook/najwamusic

 
Kini setelah menamatkan pengajiannya, dia sibuk melakukan persembahan gig di kafe-kafe sekitar Brooklyn dan Manhattan. Najwa bijak mengatur langkah dalam melebarkan sayapnya di sana. Ketika di kolej, Najwa mengenali Andres Marin (yang ketika itu telah menubuhkan sebuah kumpulan muzik) adalah orang yang bertanggungjawab membolehkan dia membuat persembahan di tempat-tempat tersebut.
 
najwa_costarica1
 
Najwa selalunya akan menyanyikan lagu-lagu dari Erykah Badu, Jill Scott serta lagunya sendiri. Pengalaman paling mengujakan ketika melakukan persembahan di Uruk Kalli Cafe di Nicaragua dan El Sotano, San Jose di Costa Rica apabila dia dipuji oleh penduduk tempat kerana memiliki vokal yang luar biasa. Walaupun berbeza bahasa namun ia tidak sekali menghalang mereka menghayati persembahan muziknya.
 
najwa_costarica4
 
“Sebenarnya apa yang sedang saya lakukan sekarang ini ialah memulakannya semula dan ia bukan mudah,” jelas Najwa bahawa dia harus melakukannya dari bawah sama seperti membina tapak dalam arena muzik tanah air suatu ketika dahulu.
 
Dalam kesibukannya melakukan persembahan, Najwa masih sempat menghasilkan projek barunya. Terbaru, dia dalam proses menghasilkan EP bersama teman sekolej, Harysya Wahono yang tergendala dek kerana berlakunya kecurian tak lama dahulu maka mereka terpaksa menghasilkannya semula. EP tersebut bakal mempamerkan kelainan daripada yang pernah dihasilkannya sebelum ini.
 
najwa_costarica3
 
Dia ingin mengukuhkan kedudukannya dalam arena muzik di sana sebelum pulang ke Malaysia dalam tahun hadapan dan bercadang untuk mengadakan mini showcase atau konsert. Untuk mengetahui perkembangan muziknya, boleh lawati http://www.najwamusic.com/
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link