Bahang Anugerah Stail EH! 2014

 
Kini kembali dengan lebih hangat, Anugerah Stail EH! 2014 yang dibawakan khas bersama A|X Armani Exchange bakal menyaksikan acara kemuncak penganugerahan berlangsung 30 Mei ini bertempat di Connexion @ Nexus. Nama-mana besar selebriti tempatan yang tersenarai sebagai top 5 yang telah disenaripendekkan oleh panel juri yang terdiri dari personaliti fesyen tempatan iaitu Ayie Ali, Tengku Azura dan Zaihani M Zain dalam 14 kategori telah berentap sejak April lalu dengan kuasa undian diberikan seratus peratus kepada pembaca setia EH!
 
Siapa yang bakal bawa pulang gelaran paling bergaya, nantikan malam gemilang yang akan dibawakan secara eksklusif bersama A|X Armani Exchange dengan kerjasama Radio Rasmi SuriaFM, Portal Rasmi Murai.com.my, TV Rasmi HIP TV (TV9) dan Media Rasmi Harian Metro.
 
Saksikan klip video eksklusif, beberapa selebriti yang ditemui ketika sesi fitting bakalmenyarung busana A|X Armani Exchange nanti.

 


 
Videografi: Prettypeektures
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link