Bakal Menamatkan Zaman Solo, Pereka Fesyen Rizman Nordin Sambut Parti Bujang Atas Kapal Mewah

Pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin meraikan hari terindah bersama teman-teman karibnya sebelum menamatkan zaman bujang dalam sebuah parti mewah di Pulau Langkawi.

 

Gambar: instagram.com/rizman.n

 

Menerusi laman Instagram miliknya, beliau turut memuat naik beberapa foto sedang bersantai di atas kapal mewah dengan tema serba putih.

 

 

“I can’t imagine where I would be today should it not be for that handful of friends who has given me a heart full of joy.

 

“Thank you, Allah for blessing me with such a good SAHABAT.

 

“Missing my twinnie @missfazura and the rest of the crew #youknowwhoyouare #rizmanstagweekend,” tulisnya.

 

Turut hadir meraikan parti tersebut ialah pasangan jenamanya iaitu Ruzaini Jamil, pereka fesyen Hatta Dolmat serta beberapa kenalan dalam industri.

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa gembira dengan menitip ucapan tahniah dan mendoakan agar semua yang dirancang menuju ke hari perkahwinannya dengan lancar.

 

Gambar: gempak.com

 

Untuk rekod, Rizman yang juga pereka fesyen bagi jenama Rizaman Ruzaini dan pasangannya, Nurida Suraya telah mengikat tali pertunangan  pada 6 Jun lalu dan memilih 13 September 2019 sebagai tarikh perkahwinan mereka.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link