Bangga Darah Malaysia Mengalir Dalam Tubuh Anak, Rihana Oksana Sebak!

Bekas isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana akui sebak sehingga mengalir air mata tanda syukur selepas dihujani kiriman mesej positif daripada pengikutnya.

 

Gambar: dailymail.co.uk

 

Rihana atau nama sebenarnya Rihana Oksana Gorbatenko difahamkan amat berbangga kerana darah Malaysia mengalir di dalam tubuh cahaya mata sulungnya iaitu Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

 

Menurut Rihana, beliau amat bersyukur kerana rakyat Malaysia menerima dan menyokongnya meskipun beliau merupakan warga asing dan membesar dengan budaya berbeza.

 

“Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua daripada seluruh pelusuk dunia!

 

“Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia anda semua berjiwa besar kerana menerima dan menyokong saya seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza.

 

“Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa saja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua,” tulisnya di laman Instagram @rihanapetra

 

View this post on Instagram

Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku! P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

 

 

Walau bagaimanapun, Bekas Ratu Cantik Moscow itu juga mendedahkan yang dirinya turut berdepan detik hitam.

 

Namun, beliau yang terpaksa menghadapi segala jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki itu tetap yakin bahawa masih ada kebaikan di dunia ini.

 

“Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan. Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya.

 

“Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!

 

” P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku,” tulisnya lagi.

 

 

Gambar: South China Morning Post

 

 

Terdahulu, gempar di seluruh dunia selepas status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan  Rihana Oksana akhirnya terjawab apabila peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link