BBNU Korea Jadi Tumpuan, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage Musim Kedua

Program realiti hiburan yang melahirkan Sarah Suihairi sebagai juara Big Stage musim pertama kini kembali dengan musim kedua.

 

Gambar: beritaviralterkini.com

 

 

Platform yang menampilkan barisan penyanyi muda mengetengahkan bakat nyanyian, tampil bawakan kelainan berbanding musim lalu apabila pentas Big Stage musim ini dibuka kepada peserta-peserta berbakat bukan sekadar dari Malaysia, malah dari Brunei, Thailand, Korea Selatan dan juga Indonesia.

 

Mengekalkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap, pentas Big Stage 2019 kali ini juga turut membariskan dua juri daripada negara jiran iaitu penyanyi daripada Indonesia Cakra Khan dan Judika.

 

Lebih menarik, Alif Satar dan Sherry Alhadad masih kekal menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage, malah personaliti radio ERA, Radin bersama bekas peserta Big Stage musim lalu, Sissy Iman bakal menjadi hos “Big Stage Live Plus” yang akan disiarkan serentak semasa berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

 

Di sini EH! kongsikan senarai penuh 12 peserta Big Stage yang bakal berentap pada musim kedua:

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Copy link