Bebe Rexha Dedah Hidapi Gangguan Bipolar Menerusi Tweet Emosi ; “I’m not ashamed anymore.”

Menerusi tweet emosi bersiri kepada peminatnya, Bebe Rexha akui yang dia baru-baru ini telah didiagnosis dengan penyakit bipolar.

 

Gambar : Google

 

Bebe Rexha akhirnya bersuara tentang masalah kesihatan mental yang dihadapinya. Penyanyi popular Amerika Syarikat ini memuat naik tweet yang cukup beremosi kepada peminatnya pada Isnin lalu dan berkongsi tentang penyakit yang dia baru didiagnos iaitu bipolar.

 

 

Dalam tweet lain dia menerangkan tentang muzik baharunya yang mana dia mengatakan yang ia bakal menjadi salah satu karya yang paling personal akan dirinya.

 

 

Tweet terakhirnya pula berbunyi, “I don’t want you to feel sorry for me. I just want you to accept me. That’s all. Love you.”

 

Rexha kebelakangan ini menerima limpahan sokongan moral selepas dia bersuara terhadap pereka-pereka fesyen yang tidak mahu bekerjasama dengannya untuk acara Grammys 2019 dek kerana alasan mengatakan yang dia “too big“.

 

Gambar : Google

 

Sebagai respon, dia menerima banyak sokongan kata-kata dari peminat serta rakan selebritinya, termasuklah Demi Lovato.

 

“Saya hanya mahu berkongsi cerita saya dan bagaimana kecewanya saya. Saya tidak pernah sangka yang saya akan menerima banyak sokongan yang kuat atas apa yang saya lakukan,” katanya kepada PEOPLE.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link