Bella Hadid Dan The Weeknd Berpisah Lagi?

Pasangan selebriti popular Hollywood, The Weeknd dan Bella Hadid dilaporkan berpisah sekali lagi.

 

Gambar: her.ie

 

Menurut sumber daripada E! dan TMZ, percanggahan jadual serta komitmen kerja yang terlalu padat menyebabkan pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah.

 

E! dalam laporannya menyatakan bahawa, mereka mungkin akan bersatu semula pada masa akan datang, malah kedua-dua mereka difahamkan memasang impian yang sama namun lebih memilih untuk fokus terhadap kerjaya seni yang kini sedang meningkat naik.

 

 

Gambar: stylecaster.com

 

 

Meskipun begitu, menerusi laporan yang dikeularkan “Entertainment Tonight”, pasangan ini masih bersama serta hubungan yang terjalin kekal seperti biasa.

 

Tambahnya lagi, mereka juga menjalani kehidupan sama seperti pasangan lain, mengembara, bekerja dan adakalanya mencetuskan tekanan namun masing-masing masih mencintai antara satu sama lain.

 

Malah, pasangan ini juga dikatakan masih berusaha melakukan yang terbaik dalam meneruskan hubungan percintaan mereka.

 

Walau bagaimanapun, pasangan yang mula menjalin cinta sejak tahun 2015 ini dilaporkan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu terbabit.

 

 

Dalam pada itu, menerusi laman Twitter milik The Weeknd, beliau dilihat seolah dalam proses menghasilkan album terbaharunya selepas memuat naik sekeping foto dengan kapsyen “album mode full effect”.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link