Benjy Kena Tangkap Lagi

Sebelum ini kecoh dengan berita yang melaporkan anak kepada pelakon Azean Irdawaty telah ditangkap kerana didakwa terlibat di dalam aktiviti pengedaran dadah. Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Benjy, ditahan dua tahun lepas dan didenda RM5,000 kerana kes tersebut.

GAMBAR ANAK ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AIYOB >>

Gambar: beautifulnara.com

PUNCA HANEZ SURAYA DAN AWI RAFAEL BERPISAH >>

Menurut laporan oleh Utusan Malaysia, Benjy sekali lagi ditahan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada 26 Jun lalu di atas kesalahan penyalahgunaan dadah setelah ujian air kencing dijalankan ke atasnya menunjukkan positif dadah jenis syabu. Namun begitu, tiada dadah yang ditemui bersamanya ketika dia ditahan.

SELAMAT PENGANTIN BARU PIERRE ANDRE >>

Gambar: beautifulnara.com

MISHA OMAR TUNGGU SURAT CERAI UNTUK KAHWIN? >>

Terbaru, Benjy dikatakan bertindak agresif terhadap jurugambar yang mahu merakam gambarnya ketika di Mahkamah Majistret Ampang. Menurut Utusan Malaysia lagi, Benjy bertindak menumbuk seorang jurugambar syarikat akhbar dan menepis jurugambar lain untuk mengelak daripada wajahnya dirakamkan. Dia kini direman 3 hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12(s) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta yang sama.

Share via
Copy link