Bermula Dengan Impian, Yuna Kini Hampiri Kejayaan

Terus terang penulis bukanlah seorang peminat penyanyi ini. Namun personalitinya telah membuatkan penulis mula jatuh cinta dengannya dan mula mendengar muziknya. Sangat merendah diri. Itulah Yuna bagi penulis walaupun sudah mula mencipta nama di ibukota muzik dunia, Los Angeles, Amerika Syarikat. Permulaan yang baik untuk Yuna di LA yang berkolaborasi bersama Pharell serta membuat persembahan di Conan O’Brien’s Show. Tiada tanda-tanda untuk memperlahankan perjalanan kerjayanya, Yuna terus sahaja menandatangani kontrak dengan syakikat rakaman milik David Foster, Verve Music Record. Ikuti temu bual eksklusif penulis web kami dengan Yunalis Zarai.

VIDEO MUZIK BARU YUNA BAWA ANDA KE ‘WONDERLAND’ >>

Apa perkembangan terbaru Yuna?

Buat masa sekarang saya menumpukan perhatian kepada mini EP saya dengan Verve Music dan pada masa yang sama sibuk dengan album kedua saya. Kesibukan saya tahun ini membuatkan saya banyak menghabiskan masa di Amerika Syarikat dan hanya akan pulang menjelang hari raya. Untuk penerbit album, David Foster tidak akan menerbitkan album saya, dia kan bos besar! Saya akan bekerja dengan penerbit muzik yang berlainan di LA dan saya sangat berharap mini EP saya boleh dilancarkan pada Mac nanti.

Bagi Yuna, apa kualiti yang perlu diberatkan dalam setiap persembahan?

Bagi saya, persembahan secara langsung itu sangat penting kerana itu yang membuatkan penonton mengingati seseorang penyanyi. Jika anda bagus dalam menghasilkan muzik tapi tidak boleh menyanyi ‘live’ tidak guna juga. Ia membuatkan anda lebih rapat dan ‘connect’ dengan penonton. Peminat juga akan lebih menghargai bakat anda.

Apa pandangan Yuna mengenai industri muzik tanah air?

Kita ada banyak bakat di luar sana tapi mereka memerlukan sokongan daripada semua pihak. Mereka mungkin takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana orang suka mengkritik dan ia menjatuhkan motivasi mereka. Kita perlu lebih terbuka menerima sesuatu yang baru untuk pergi jauh. Bila saya memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian, saya sudah menetapkan matlamat untuk pergi ke pasaran global dan saya tahu saya perlu memulakannya di tanah air sendiri dahulu. Saya sememangnya sangat berharap ramai lagi pemuzik dari Malaysia dapat melebarkan sayap ke luar negara. Ia sukar dan mencabar tetapi pengalamannya cukup menyeronokkan.

SIAPA CINTA BARU YUNA? >>

Bukan semua menyukai kejayaan Yuna. Bagaimana Yuna menangani komen negatif yang diberikan?

Saya sudah biasa dengan kritikan yang diberikan. Saya faham kita semua berasal daripada latar belakang yang berbeza dan saya menghormati mereka. Tidak mengapalah jika mereka tidak boleh menghormati saya sekurang-kurangnya saya sudah melakukan apa yang patut dengan menghormati mereka. Mengenai komen negatif yang berkaitan dengan pakaian, saya masih lagi seperti dulu, masih lagi menutup aurat bukannya berubah dengan mengenakan skirt pendek secara tiba-tiba.

YUNA ANTARA YANG TERBAIK 2012 >>

Adakah Yuna mengalami kejutan budaya di sana dan adakah Yuna tertekan membawa imej bertudung di sana?

Sememangnya budaya di sana berbeza tetapi tidaklah sampai membuatkan saya terkejut! Saya tidak akan mengikut budaya mereka yang tidak patut saya ikuti. Tidak perlulah saya pergi ke parti sehingga jam 4 pagi. Saya lebih suka tinggal di rumah dan keluar hanya untuk bekerja. Saya membesar di Subang Jaya, saya biasa dengan mereka yang mengenakan pakaian yang seksi. Saya juga membesar dengan memakai skirt, tetapi zaman itu telah berakhir untuk saya. Saya selesa dengan imej saya sekarang dan langsung tidak merasa tertekan dengannya.

Yuna seorang yang celik fesyen dan trend. Siapa yang menjadi rujukan Yuna dalam hal ini?

Sebenarnya saya hanya memakai pakaian yang selesa dipakai. Saya banyak membaca majalah fesyen seperti VogueBazaar dan sebagainya sebagai rujukan.

YUNA & JACLYN TAWAN AIM KE-19 >>

Cantik sungguh kulit Yuna. Apa rahsianya?

Wow! terima kasih. Saya tidak akan berenggang dengan pelembap muka. Saya memakai mekap setiap hari kerana kerja saya. Jadi saya akan pastikan saya mencuci muka dengan sebersih-bersihnya. Saya turut minum banyak air dan jus buah.

Share via
Copy link