Beyonce dan Jay Z Sambut Bayi Kembar

Laporan yang menyatakan Beyonce dan Jay Z menyambut kelahiran bayi kembar sudah pun tular di internet meskipun masih belum mempunyai kenyataan rasmi dari pasangan popular antarabangsa ini.

 

Gambar : Instagram Beyonce

 

Rata-rata portal antarabangsa sudah pun mengeluarkan laporan berkaitan penyanyi ternama dari Amerika Syarikat itu sudah pun melahirkan bayi kembarnya pada Sabtu lalu menurut sumber terdekat dengan keluarga itu.

 

Bahkan, bapa kepada Beyonce turut mengucapkan ucapan tahniah kepada anaknya itu menerusi Twitter meskipun anak beranak itu mempunyai hubungan yang agak tegang.

 

 

Beyonce dan Jay Z sememangnya merupakan pasangan yang sentiasa menjaga kisah hidup mereka dari pengetahuan ramai. Mereka menunggu bertahun-tahun untuk mendedahkan rakaman perkahwinan mereka serta memakan berminggu-minggu lamanya untuk mengesahkan berita kelahiran anak sulungnya sebelum ini iaitu Blue Ivy yang kini sudah pun berusia lima tahun.

 

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on

 

Beyonce dikatakan mendedahkan berita kehamilan pertamanya di MTV Video Music Awards pada tahun 2011. Ketika dia sedang beraksi untuk lagu ‘Love On Top’, dia dengan selamba membuka blazernya sambil memberikan senyuman kepada penonton sambil menggosok perut hamilnya.

 

Awal tahun ini, penyanyi hangat ini mengumumkan berita kehamilan anak kembar menerusi sekeping gambar yang dikongsikannya di laman Instagram. Menerusi kapsyen dia menulis, “Kami ingin berkongsi kasih sayang dan kegembiraan kami. Kami bakal dikurniakan dengan dua zuriat. Kami amat bersyukur kerana keluarga kami akan berkembang dengan kehadiran dua bayi ini dan kami mengucapkan terima kasih atas doa anda semua.” Entri tersebut menerima 11juta likes.

 

 

Disebabkan kehamilannya itu sebelum ini, Beyonce terpaksa menarik diri dari festival muzik Coachella pada April lalu.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link