Bintang The Guardian of Galaxy, Chris Pratt Bertunang Dengan Anak Aktor The Terminator, Katherine Schwarzenegger

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Chris Pratt menerusi akaun Instagramnya. Aktor segak ini dilihat cukup gembira pabila Katherine menerima lamarannya.

 

Gambar: RoundPondEstate/Instagram

 

Chris Pratt berkongsi sebuah entri di Instagramnya yang mana memaparkan dirinya sedang mengucup pipi Katherine Schwarzenegger dengan kapsyen gembira bahawa mereka sudah pun bertunang selepas hanya enam bulan dikhabarkan mula berhubungan.

 

 

Menerusi gambar tersebut, turut jelas kelihatan adalah sebentuk cincin berlian dijari manis Katherine yang sedang mendakap leher Chris. Entri tersebut tidak hanya dibanjiri dengan komen dari pengikutnya, malah juga ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti seperti Tom Holland dan Ben Schwartz. Malah ia juga menerima likes dari teman artis lain seperti Ryan Reynolds, Chris Hemsworth, Olivia Munn dan Gal Gadot.

 

Pasangan ini dilaporkan mula berkait rapat sejak bulan Jun tahun lalu selepas mereka dilihat berkelah bersama di Santa Barbara pada Hari Bapa. Bahkan, mereka mula berjumpa antara satu sama lain dua bulan sebelum itu.

 

Gambar: Google

 

Mereka juga dilihat meluangkan masa bersama keluarga masing-masing termasuklah bapa Katherine iaitu pelakon utama The Terminator (1984), Arnold Schwarzenegger. Sangat profesional, Katherine juga ada mengikuti Pratt dan bekas isterinya, Anna Faris membawa anak mereka, Jack yang kini berusia 6 tahun sewaktu sesi Trick or Treat pada sambutan Halloween.

 

Faris juga kini telah move on dari perhubungannya yang gagal bersama Pratt sebelum ini dan kini dia mula berhubungan dengan sinematografer Michael Barrett.

Share via
Copy link