Blackpink Pukau Blinks (gelaran peminat) Malaysia
Teks : Azliany Mohamad
Kehangatan konsert kumpulan popular dari Korea Selatan Blackpink masih terasa walaupun sudah hampir seminggu berlalu.
2019 World Tour Blackpink In Your Area Kuala Lumpur telah menghimpunkan seramai 16,000 peminat Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose selama dua hari berlangsungnya konsert tersbut di Stadium Malawati, Shah Alam.
Konsert yang berlangsung selama hampir dua jam itu dimulakan dengan lagu popular mereka Ddu du ddu du. Diikuti lagu hit mereka yang lain seperti Forever Young, Whistle dan lain-lain lagi. Keseluruhan lagu yang didendangkan oleh mereka sebanyak 18 buah lagu.
Rata-rata Blinks (gelaran peminat) yang hadir menyaksikan konsert tersebut berpuas hati dengan persembahan bertenaga yang dipamerkan oleh emapat gadis menawan itu.
2019 World Tour Blackpink In Your Area Kuala Lumpur dianjurkan oleh MacpiePro. Jom lihat gambar sekitar konsert Blackpink.