Britney Spears Dan Sam Asghari Sedia Berkahwin!

Gambar: people.com

 

Selepas tiga tahun menyulam cinta, penyanyi pop tersohor dunia, Britney Spears dijangka bakal mengakhiri zaman bujangnya dalam masa terdekat.

 

Perkara tersebut mula menjadi bualan hangat selepas teman lelakinya, Sam Asghari difahamkan bersedia melamar Britney dalam sebuah temubual bersama media.

 

Sam dalam kenyataan berkata, beliau telah menyimpan hasrat untuk bernikah dengan Britney selepas kedua-dua mereka erat menjalinkan hubungan cinta yang serius malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga Britney selepas beberapa kali bertemu ibu bapa kekasihnya.

 

Tambahnya lagi, meskipun penyanyi yang popular dengan lagu Womanizer itu dikenali seluruh dunia, namun Britney dikatakan amat menghormati hubungan cinta mereka dan menjaga privasi kedua-dua belah pihak.

 

Gambar: tuttouomini.it

 

Selain banyak menghabiskan masa bersama, Britney juga dilihat banyak memberi inspirasi terhadap kerjayanya.

 

Menurut Sam, beliau juga banyak membantu teman wanitanya untuk pulih daripada masalah kesihatan mental, malah perkembangan terbaru Britney juga difahamkan semakin pulih.

 

Lapor media antarabangsa The Hollywood Gossip, sebelum ini bintang pop itu pernah menyerang beberapa paparazzi dengan payung selepas berang kerana merakam beberapa foto dirinya berimej botak.

 

Namun, April lalu Britney telah dibenarkan keluar daripada pusat rehabilitasi mental dan masih berada di bawah pemerhatian pakar selepas sebulan menjalani rawatan pemulihan.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link