‘Bu’ Menceritakan Perjuangan Dan Semangat Wanita Yang Tidak Pernah Putus Asa

Filem arahan Jeany Amir ini nyata mempunyai sinematografi yang cukup membanggakan. Malah ia turut mempunyai mesej kuat tentang keperkasaan wanita yang bergelar ibu.

 

Gambar: Bu

 

Sebagai satu tanda apresiasi terhadap wanita, pihak produksi MM2 dengan bangganya menampilkan sebuah filem berkisah wanita yang berjudul Bu. Bakal menjengah pawagam bermula 11 April nanti, filem ini bakal memaparkan hasil lakonan dari pelakon-pelakonnya yang cukup besar namanya di persada industri tempatan.

 

Termasuklah Remy Ishak, Rashidi Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Mawar Rashid, Tia Sarah, dan Wan Hanafi Su. Ia sebenarnya berkisahkan tentang kekeluargaan yang mana berlatar belakangkan tiga keluarga yang berbeza tetapi akhirnya ia akan menjadi sebuah kesudahan.

 

Bu berkisahkan tentang seorang suri rumah bersama Aishah yang merasakan kehidupannya semakin tertekan serta tidak dihargai oleh suaminya yang sentiasa sibuk dengan kerja, Norman, dan memaparkan keinginan Hafiz dan isterinya, Norimah yang sekian lama menginginkan cahaya mata namun asyik terhalang dengan dugaan serta keguguran berturut-turut.

 

Boleh dikatakan filem Bu ini mempunyai sinematografi yang cantik dan membanggakan. Malah plot ceritanya yang sebenarnya berkait antara satu sama mempunyai maksud yang tersendiri pada pengakhirannya. Anda boleh tonton Bu bermula 11 April 2019 di pawagam seluruh Malaysia.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link