Channing Tatum Dan Jessie J Berpisah Sekali Lagi

Sudah hampir dua bulan sejak Channing Tatum dan Jessie J kembali bersama tetapi nampak gayanya mereka sudah berpisah semula. People mengesahkan perpisahan ini dan satu sumber berkata, “Mereka sangat sayang menyayangi dan ingin bersama semula tetapi mereka menyedari adalah lebih baik untuk mereka tidak bersama.”

Foto: EOnline

Hubungan mereka ibarat seperti srollercoaster. Mereka mula bersama pada Oktober 2018 setelah Channing bercerai dengan isterinya Jenna Dewan (mereka berkahwin selama sembilan tahun). Bagaimanapun, Jessie dan Jenna berpisah setelah setahun bersama kerana, menurut satu sumber, Channing “sangat sibuk dengan kerjayanya dan tanggungjawab sebagai ayah.” Jenna dikhabarkan sangat kecewa dengan perpisahan tersebut.

Dan, dua bulan selepas itu Channing dan Jessie memutuskan untuk bersama semula dan selesa menunjukkan rasa cinta mereka kepada umum. Channing pernah menulis di Instagram, “ain’t nobody more stunning and beautiful to look at but even more as a human than jess” dan Jessie pernah berkongsi satu video dimana Channing memberinya kucupan bersama kapsyen, “The way you love me and the way I love you and the way we feel it is all that matters.”

Hmm sedihnya… Channing dan Jessie masih belum memberi sebarang komen tentang perpisahan ini.

Share via
Copy link