Cinta Jarak Jauh Daiyan Trisha Kini Terpahat Dalam “I Wanna See Ya”

 

 

Nama penyanyi dan komposer, Daiyan Trisha kini bagai menyergah garang menjadi dambaan peminat muzik moden pop khususnya golongan urban. Mula menceburkan diri dalam bidang hiburan pada tahun 2013, Daiyan yang popular dengan lagu penuh kontroversi berjudul “Langit” itu menganggap muzik sebagai cinta pertamanya.

Lebih menarik, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, kini muncul dengan single terbarunya berjudul “I Wanna See Ya” menerusi album sulungnya.

 

Mempertaruhkan nukilan muzik moden up-beat, tidak hairanlah muzik video yang dirakam khas dari Los Angeles itu semakin mendapat tempat di hati pendengar.

 

 

“I Wanna See Ya” yang juga single ketiga Bahasa Inggeris yang dihasilkan Daiyan selepas “Brutal” dan “If I” kini difahamkan semakin hangat ditonton peminat di laman YouTube.

 

Kelibat Daiyan menggayakan busana sundress daripada jenama tersohor dunia, Kate Spade dalam salah satu babak muzik video tersebut kelihatan sangat anggun dan mempersonakan.

 

Hasil kolaborasi bersama penerbit muzik antarabangsa Juan Ariza, “I Wanna See Ya” merupakan lagu bergenre pop segar yang menggambarkan hubungan cinta arak jauh dan keinginannya bertemu walaupun berjauhan.

 

 

Menguatkan lagi jalan cerita tersebut, penggambaran muzik video “I Wanna See Ya” juga turut dilakukan di dua bandar berbeza iaitu Kuala Lumpur dan Kota New York, malah disokong dan ditaja khas oleh dua jenama tersohor dunia iaitu Kiehl dan Kate Spade.

 

Buat peminat pelakon drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia ini, EH! kongsikan beberapa foto kenangan di sebalik tabir pengambaran muzik video “I Wanna See Ya” di Kota New York buat tatapan anda.

1 of 21
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link