#Covid19 Album Lady Gaga Ditunda

 

Penularan wabak Covid-19 menjadi punca utama menyebabkan Lady Gaga terpaksa menunda pelancaran album terbarunya. Dijudulkan sebagai ‘Chromatica’, album tersebut sepatutnya dilancarkan pada 10 April 2020, namun Gaga berpendapat situasi genting ketika ini, perhatian dan fokus harus diberikan kepada perkara yang lebih penting.

Tulisnya pada satu muat naik di Instagram. “Ini adalah waktu yang genting dan menakutkan kita semua, dalam kita berharap seni adalah satu sumber terbaik untuk hiburan juga menenangkan jiwa pada ketika ini, saya juga berasa tidak sedap hati untuk melancarkan album ketika dunia berdepan dengan pandemik ini.”

“Ketika ini yang paling penting ialah mendapatkan bantuan alat perubatan, makanan untuk kanak-kanak juga mereka yang memerlukan bantuan kewangan kesan kepada wabak ini,” tambahnya.

Selain menunda tarikh pelancaan albumnya, Gaga juga menangguhkan persembahannya di Las Vegas. Dia juga memecah rahsia yang dia sebenarnya akan muncul di Coachella untuk satu persembahan rahsia, sayangnya semuanya tidak dapat ditunaikan buat masa ini.

It’s okay, ‘Stupid Love’ boleh jadi bekalan hiburan buat ‘little monster’ ketika ini.

Share via
Copy link