Dato’ Siti Nurhaliza Impikan 10 Buah Lagu Di Dalam Album SimetriSiti Hits

Dato’ Siti Nurhaliza mengimpikan supaya 10 buah lagunya di dalam album ke-18 terbaharunya yang baru sahaja dilancarkan, SimetriSiti mampu hits dengan bangganya.

 

 

“Saya berharap yang tidak hanya dua atau tiga buah lagu sahaja yang boleh hits, malah 10-10 buah lagu boleh hits,” ujar Dato’ Siti ketika pelancaran album SimetriSiti di The Royale Chulan Kuala Lumpur semalam.

 

Dalam masa yang sama, Dato’ Siti turut akui yang mana setiap kali penghasilan lagunya, tidak dinafikan yang dia mahu lagu tersebut berjaya tercalon di dalam Anugerah Industri Muzik (AIM).

 

“Sejujurnya, setiap kali saya menghasilkan lagu, saya mengimpikan supaya lagu itu boleh memasuki Anugerah Industri Muzik (AIM). Perkara itu sememangnya saya tidak boleh menafikan kerana ia sebagai satu tanda penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus menghasilkan lagu itu,” jelas Dato’ Siti.

 

 

SimetriSiti membawa maksud persamaan dalam keseluruhan aspek di dalam pembikinan album kali ini. Tidak kira dari segi lagu, lirik, susunan muzik, rakaman, kulit album, klip video dan sebagainya, semua itu mempunyai persamaan dan keseimbangan.

 

 

Album terbaharu Dato’ Siti ini menampilkan gandingan komposer dan penulis lirik yang berpengalaman serta baru kerana penyanyi tersohor ini mahu memberikan keseimbangan dari segi citarasa muzik untuk para peminatnya yang terdiri dari pelbagai golongan dan usia.

 

Berikut adalah 10 buah lagu yang terkandung di dalam album SimetriSiti:

 

  1. Bersandar Cinta (Komposer : Aubrey Suwito/Penulis Lirik : Ad Samad)
  2. Penghiburku (Komposer & Lirik : Dato’ Siti Nurhaliza) Duet bersama Joe Flizzow
  3. Ikrar Cinta (Komposer : Amirah Ali/Penulis Lirik : Sulu Sarawak)
  4. Segala Perasaan (Komposer & Penulis Lirik : Ivan Lahardika)
  5. Aku Bukan Malaikat (Komposer : Opick/Penulis Lirik : Dian)
  6. Manis Terindah (Komposer : Aubrey Suwito/ Penulis Lirik : Ad Samad)
  7. Kisah Kuinginkan (Komposer & Penulis Lirik : Ivan Lahardika)
  8. Tak Perlu Ragu (Komposer & Penulis Lirik : Ade Govinda)
  9. Kau Takdirku (Komposer : Mohariz Yaakup/ Penulis Lirik : Habsah Hassan)
  10. Hiasi Duniaku (Komposer & Penulis Lirik : Sid Murshid)

 

Menerusi SimetriSiti, Dato’ Siti turut tampil berduet bersama penyanyi Indonesia iaitu Judika dan penampilan istimewa, Joe Flizzow.

 

 

Sebelum ini, Dato’ Siti telah pun memasarkan single bertajuk Segala Perasaan menerusi semua platform digital bermula 28 April lalu dan sambutannya agak menggalakkan.

 

Memasuki tahun ke-21 Dato’ Siti di dalam industri muzik tanah air, penyanyi tersohor ini masih lagi konsisten dalam menghasilkan album dan berusaha sebaik mungkin untuk muncul dengan karya baru setiap tahun.

 

 

Album baharu ini sebenarnya tanda terima kasihnya kepada semua pihak yang telah menjadi tulang belakang kerjayanya selama ini dan ada sesetengah bait lirik yang ditulis dengan mesej untuk menyampaikan terima kasih serta penghargaannya kepada peminat yang sentiasa ada dalam nadi kejayaannya.

 

SimetriSiti terbitan Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd ini akan berada di pasaran secara atas talian dan fizikal pada 10 Mei 2017.

 

 

Dato’ Siti turut berkongsi rasa gembiranya apabila tempahan awal albumnya di Lazada habis hanya dalam masa 20 minit ia dilancarkan.

 

“Alhamdulillah tempahan daripada 300 pembeli terawal habis terjual hanya dalam masa 20 minit,” ujarnya.

Tidak terhad untuk tempahan awal sahaja, peminat turut boleh mendapatkan album ini Lazada menerusi pembelian atas talian selepas tamat tempahan awal.

 

Kali ini, Aubrey Suwito telah diberikan kepercayaan untuk mengarahkan projek album ini terdiri dari beberapa orang penerbit termasuklah Aubrey Suwito, Jenny Chin, Ade & Jeje Govinda, Mujahid Abd Wahab, Szewan, Firdaus Mahmud dan Opick.

 

Untuk penerbit vokal pula termasuklah Yasin Sulaiman untuk lagu Kisah Kuinginkan dan Aku Bukan Malaikat dan Aubrey Suwito untuk lagu Segala Perasaan.

 

Pada masa yang sama, Dato’ Siti berharap agar album terbaharunya ini dapat memenuhi citarasa peminatnya dan boleh menghargai kerja kerasnya ini dengan mendapatkan album yang asli.

 

 

 

 

 

 

 

Share via
Copy link