Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini sudah berada di bumi Palestin bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa berserta rombongan lain.
Mereka tiba di bumi peperangan itu pada jam 12 tengah hari semalam. Turut sama ke Palestin adalah keluarga mentua beliau. Menurut laporan BH Online, meskipun mereka terpaksa melalui pemeriksaan ketat ke sana, perjalanan mereka cukup lancar.
Ujar Datuk Siti, ” “Alhamdulillah, tiada halangan yang membimbangkan ketika kami sampai.”
Datuk Siti menyatakan yang mana mereka bakal menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Aqsa serta solat Jumaat di situ. Ziarah penyanyi negara ini ke bumi Anbia adalah bertujuan untuk melawati lokasi bersejarah di sana.
Umum tahu yang mana Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini. Datuk Siti sempat memuat naik video ucapannya yang memanjatkan rasa syukur kerana impiannya itu dikabulkan dan dipermudahkan.
Bahkan, Datuk Siti sempat berkongsi gambar beliau dan suami bersama imam besar Masjid Al-Aqsa iaitu Sheikh Yusof. Terharunya lagi, imam besar tersebut berbesar hati untuk menghantar mereka pulang ke tempat penginapan sesudah selesai solat di masjid bersejarah itu.
Semoga rombongan Datuk Siti serta suami dipermudahkan dan dilindungi dari sebarang perkara buruk.