Drama Festival Kuala Lumpur 2015

Oleh: Farhana Fuad

 Gambar: TV3 dan TV9

 

 

image001

 

 

Debaran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kian hangat menuju ke malam kemuncak pada 20 Mac nanti. Kali ini ia dianjurkan dengan lebih meriah dan menyeluruh merangkumi pelbagai platform termasuk media sosial.  DFKL tahun ini dibawakan oleh TV3 dan TV9 yang bertujuan untuk menyediakan platform menimba ilmu, merasai pengalaman dan meraikan karyawan tempatan. Malah, ia juga demi mencari lebih ramai generasi baru yang berpengalaman dan berbakat dalam bidang lakonan dan hiburan.

 

Duta,Zul Ariffin &

 

Kali ini, DFKL mengangkat Zul Ariffin dan Nur Fathia sebagai duta utama DFKL 2015. Manakala Nora Danish sebagai duta media sosial. Sempena anugerah DFKL yang bakal tiba tidak lama lagi, DFKL akan menganjurkan bengkel pada 14 dan 15 Mac nanti yang dihadiri penceramah yang berpengalaman lebih dalam dunia lakonan ini. Antaranya termasuklah Datuk Yusof Haslam. Sheila Rusly, Remy Ishak dan ramai lagi. Bengkel DFKL ini akan diadakan di Balai Berita NSTP.

 

Datuk Yusof Haslam

 

DEX_3722

 

 

Sesi bengkel ini lebih teruja apabila para penceramah akan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang bergiat dalam industri hiburan tanah air. Ditambah lagi, bengkel tersebut juga akan melangsungkan sesi ujibakat untuk mencari bakat baru dari kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak.

 

KATEGORIKARYAWAN
1)      Lakonan
  • Remy Ishak
  • Sheila Rusly
  • Noorkhiriah
  • Adi Putra

 

2)      Pengarahan
  • Azman Hj Yahya (Jinggo)
  • Nik Amir Mustapha
  • Datuk Yusof Haslam
  • Khai Bahar

 

3)      Animasi

 

  • Nizam Razak (Animonsta)
  • Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque)
  • Tariq Mohd Noh (Glues Studios)
  • Usamah Zaid (Wau Studio)

 

4)      Komedi

 

  • Mamat Khalid
  • Sharifah Shahira
  • Didie Alias
  • Ebby Yus

 

 

Bukan hanya mengangkat karyawan pelakon dan pembikin filem tempatan, malah DFKL turut menganjurkan pertandingan drama pendek yang terbuka untuk semua rakyat Malaysia bermula 1 November 2014 hingga 8 Februari lalu. Pemenang akan menerima sehingga RM18,000 dalam bentuk wang tunai. Bahkan, yang lebih menarik lagi, drama pendek yang memenangi pertandingan tersebut akan turut berpeluang disiarkan di TV3 dan TV9.

 

Lebih rancak lagi, DFKL turut melancarkan satu siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi yang terpilih bermula 12 Februari lalu, 24 Februari dan 26 Februari. Anda boleh membuat pembelian tiket untuk sesi bengkel DFKL atau mengundi untuk Malam Anugerah DFKL 2015 melalui laman web www.dfkl.com.my/. Serta, anda boleh layari www.tv3.com.my atau www.tv9.com.my dan laman sosial media milik TV3 atay TV9 untuk lebih informasi dan berita terkini.
 
Pada malam penganugerahan pula, barisan bintang televisyen akan berkumpul memberi pengiktirafan bagi mereka yang terbaik dalam kategori yang dipertandingkan iaitu Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Drama Pilihan, dan Penulis Skrip Drama Pilihan.
 
Antara drama dan karyawan yang bakal bertanding adalah:
 

Drama

Pengarah

Penulis Skrip

Pelakon

Cerita Cinta KitaAzmi HattaZarihah HassanAeril Zafrel dan Wawa Zainal
Menjinak OmbakAlong KamaruddinAzlina DinShukri Yahya dan Nur Risteena
Selamat Pengantin MaduNoraini BabaIbrahim IlyasAiman Hakim dan Fasha Sandha
Rindu Awak 200%Aidilfitri Mohamed YunosNieza ZaharZul Ariffin dan Ayda Jebat
JiwaKhabir Bhatia & LabuFairul NizamRemy Ishak, Kamal Adli dan Siti Elizad
Kristal MayaAzmi HattaEja LorenaShah Jaszle dan Amyra Rosli
Setitis Kasih DarmiaJamal KhanRozie RashidShaarnaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Cinta Pandang KeduaJet LiMaizura IderisDazrin Kamaruddin dan Izara Aishah
Menantu 10 RibuLizam TogelRosmadewi Mohamed ZainFizz Fairuz dan Reen Rahim
Bedah vs JoyahNazir JamaluddinMF KenchanaBell Ngasri, Jasmin Hamid dan Noorkhiriah

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link