EH! JANUARI 2020

EH! JANUARI 2020

Meraikan kemunculan dekad baru, EH! mengundang bintang paling popular 2019, Mira Filzah untuk membuka era baru ini. Bersama Mira kami imbas kembali detik-detik awal perjalanannya sebagai pelakon dan pengacara.

“Penglibatan Mira untuk lebih serius dalam bidang lakonan memang tak dirancang, ia bukanlah satu cabang kerja yang Mira cari. Selepas mengacara pun Mira tak terfikir untuk serius untuk berlakon. Sampailah satu hari Mira temankan teman baik bertemu produser. Dari situ saya kenal dengan Haji Zil. ‘Sukalah tengok awak ni. Cantiknya awak ni’, Mira melakonkan kembali gaya Haji Zil bercakap dengan loghat pantai timur. Tak lama selepas itu saya dapat tawaran watak pembantu untuk ‘Eksperimen Cinta’, dan bagi Mira itulah permulaan yang sebenar kerjayanya sebagai seorang pelakon. Ia bukan apa yang Mira pilih jauh sekali menanam cita-cita untuk menjadi pelakon tapi pada Mira itulah yang Allah berikan dan Mira hanya go with the flow.”

Ikuti temubual penuh editor EH!, Khairul Abidin bersama Mira Filzah di dalam naskhah EH! terbaru.

GAMBAR Edmund Lee TEKS & PENYELARAS Khairul Abidin Ishak ARAHAN SENI Zulkifli Sulaiman dibantu oleh Yantie Basharudin PENATA GAYA Muzammin Muzlan PENATA GAYA HIJAB Nazlivingstyle SOLEKAN Sheng Saw (menggunakan Lancome) DIGITAL Razin Mohd & Julia Azman PAKAIAN Himpunan Cruise Gucci

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link