Elfira Loy Dedah Belanja RM10K Untuk Produk Mekap Dalam Masa Sejam

Dalam masa sejam sahaja, aktres molek Elfira Loy boleh menghabiskan sebanyak RM10,000 untuk produk mekap semata. Berita itu diakuinya sendiri menerusi videonya di laman YouTube.

 

Gambar : Instagram Elfira Loy

 

Aktres bertubuh genit ini mendedahkan yang mana baru-baru ini dia telah berbelanja besar pada barangan solekan ketika membeli-belah di stor kecantikan Sephora di Los Angeles.

 

Menerusi video yang dimuat naiknya ke dalam laman YouTube Twink3l TV, Elfira berkongsi akan barangan yang dibelinya kala kembaranya ke benua Amerika Syarikat itu.

 

Video itu menayangkan momen Elfira membuka setiap kotak alatan solekan dan dikongsikan kepada peminat-peminatnya. Antara produk solekan yang dibelinya adalah palet pembayang mata dari Natasha Denona Star yang mana bernilai RM690, palet highlighter berharga RM500 dan banyak lagi barangan mekap lain yang pastinya buatkan ramai wanita yang sukakan barangan solekan kagum.

 

Mengaku tidak menyangka yang dirinya sanggup berhabisan untuk item solekan tersebut, Elfira turut sempat membuat jenaka berbunyi, “Kenapa saya terlalu berbelanja sakan begini. Saya tidak akan beli barangan mekap lagi!”

 

 

Video tersebut dilihat mendapat pelbagai reaksi ramai yang mana ada sesetengahnya mengkritik dan menyatakan ia satu pembaziran tetapi ada juga sesetengah yang menyokong tindakan aktres tersebut yang memberi ganjaran kepada diri sendiri sekali sekala.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link