Fattah Amin Dilamar Untuk Berlakon Filem

Oleh: Farhana Fuad

 

MAIN PICTURE

 

Aktor kacak yang kian melonjak naik namanya ini di industri hiburan tanah air turut tersenarai dalam lima teratas untuk kategori Pelakon Lelaki TV Terbaik dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-29.

 

Ketika ditemui di sidang media ABPBH29 yang berlangsung baru-baru ini, Fattah Amin turut berkesempatan untuk berkongsi tentang perkembangan terbarunya.

 

Ikuti wawancara EH! bersama Fattah Amin.

 

Kongsikan sedikit perkembangan terbaru Fattah?

Perkembangan terbaru saya adalah saya baru habis penggambaran untuk drama slot Lestary yang akan dimainkan pada bulan puasa nanti berjudul ‘Ketupat Palas Mr.Handsome’. Saya digandingkan dengan Mira Filzah. Ketika ini drama yang sedang ditayangkan di saluran TV3 dengan lakonan saya adalah Bodyguard untuk slot aksi serta Gerak Khas untuk saluran RTM. And coming soon, my project is a movie. My first movie. But it’s not final yet for the titles and scripts. Ianya sudah disahkan. Melalui filem tersebut saya akan digandingkan dengan Datuk Rosyam Nor. Itu merupakan filem pertama saya dan ianya filem aksi.

 

Perasaan Fattah apabil tercalon dalam ABPBH29?

Saya sangat bersyukur. Alhamdulillah. Teruja dan dalam masa yang sama saya rasa terharu. Sebab ini semua kerja keras peminat sebenarnya kerana ianya bergantung pada undian. Pastinya semua tahu yang ABPBH adalah berasaskan undian. Saya juga dengar sendiri dari kelab peminat saya yang gigih untuk mengundi nama saya agar tercalon di dalam ABPBH kali ini sehinggakan mengambil masa 2 minggu lamanya. Dan adanya sampai terpaksa balik lewat. Jadi, itu yang buat saya rasa terharu sangat-sangat dari segi pengorbanan mereka itu. Waktu itu saya sememangnya ingin hadir untuk memberikan sokongan tetapi pada ketika itu saya sedang berada di set untuk penggambaran di Kedah.

 

Harapan Fattah?

Saya sebenarnya tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat tempat ke-5 teratas di ABPBH. Tetapi saya lebih rasa terharu. Jika menang sekali pun, saya rasa itu adalah usaha dan pengorbanan dari kelab peminat saya. Saya sendiri nampak kerja keras mereka untuk mengundi saya. Kalau menang, kemenangan itu buat kelab peminat saya, The FA Team.

 

Jika kemenangan itu milik Fattah, apakah yang Fattah akan lakukan?

Pastinya saya akan berjumpa dengan semua peminat saya lebih-lebih lagi FA Team. Saya akan belanja semua peminat saya. Saya rasa semua ini datang dari sokongan mereka dan juga dari Allah. Saya bersyukur kerana keluarga saya turut memberi dorongan yang kuat. Tetapi saya yang paling kuat adalah dari kelab peminat saya.

Share via
Copy link