Fenomena ALS Ice Bucket Challenge

Oleh: Mujahid Saddam
 
Amat menyeronokkan melihat selebriti menyahut cabaran untuk menyertai ALS Ice Bucket Challenge yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), juga dikenali sebagai motor neuron disease yang menyebabkan otot menjadi lemah serta kesukaran untuk bercakap, menelan dan bernafas.
 
Setakat ini, sebanyak US$22.9 milion berjaya dikumpulkan oleh organisasi ALS Association. Semuanya hasil video selebriti yang menyumbang kepada budaya viral di media sosial. Selebriti terkenal seperti Britney Spears, Emma Stone, Oprah Winfrey, Robert Pattinson malahan Bill Gates adalah antara yang menyahut cabaran ini. Ianya turut menular ke negara kita yang turut disertai selebriti seperti Lisa Surihani dan ahli politik Khairy Jamaluddin serta Datuk Seri Nazri Aziz. Malah bintang-bintang K-pop seperti ahli kumpulan Super Junior, Beast, 2PM, Kim Jong Kook, Haha, BOA, Infinite, BTOB dan ramai lagi sudah melakukannya dan tag rakan idola lain.
 
EH! kumpulkan antara video terbaik Ice Bucket Challenge ini.
 
1. CHRIS PRATT

Pelakon yang meningkat naik dengan filem Guardian of the Galaxy ini menyahut cabaran Ice Bucket dengan gaya tersendiri penuh komedi. Dia akhirnya disiram ais oleh isterinya, pelakon Anna Faris serta ibunya dari balkoni.
 
2. CARRIE UNDERWOOD

Mungkin sebaldi ais tidak cukup buat penyanyi country ini, dia menggunakan khidmat kapal korek bagi menyahut cabaran ini.
 
3. ANNA WINTOUR

Siapa sangka, editor majalah Vogue Anna Wintour turut menyahut cabaran ini! Anna yang terkenal dengan sikap dingin ternyata merubah persepi orang ramai terhadapnya melalui video ini.
 
4. HUGH JACKMAN, ROONEY MARA, GARRETT HEDLUND SERTA PELAKON & KREW FILEM “PAN”

Munculnya pelakon-pelakon hebat ini di dalam satu video yang berlatar-belakangkan bunga api, ditambah dengan kehadiran pelakon lain serta krew filem “Pan” yang ternyata membawa energi luar biasa terhadap cabaran ini.
 
5. FOO FIGHTERS

Video dari ahli kumpulan rock ini mungkin antara yang terbaik dihasilkan bagi cabaran ALS Ice Bucket ini. Melakonkan kembali adengan filem klasik seram tahun 1976 “Carrie”, ketua kumpulan Foo Fighters iaitu Dave Grohl memainkan watak Carrie disimbah darah sewaktu majlis prom. Sebaliknya dalam video ini, dia disimbah ais.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link