Fouziah Gous Dilamar Di Awanan

Rata-rata sudah maklum mengenai perhubungan Fouziah Gous dengan bekas kekasih Ramona Zamzam, Zhafran Yusof. Baru-baru ini, Fouziah telah dilamar Zhafran dengan begitu romantis sekali ketika menaiki pesawat. Zhafran, yang merupakan seorang ahli perniagaan, telah meminta pertolongan peminat Fouziah untuk memegang kertas yang bertulis ‘Will you marry me?’ di landasan lapangan terbang Subang dan Fouziah yang melihatnya ketika berada di awanan merasa begitu terharu dengan lamarannya itu.

 

fouziah lamaran 1

Gambar: Instagram Fouziah Gous

Mereka berdua bakal mengikat tali pertunangan pada 1 Jun ini di Bora Asmara. Pelamin dan hantaran akan disempurnakan oleh Nas Great Idea dan bajunya pula akan direka oleh Zery Zamry. Fouziah berasa lega kerana hampir keseluruhan persiapannya sudah siap, hanya menantikan hari pertunangannya. Mereka berdua sudah bersama sejak setahun yang lalu. Tahniah kami ucapkan kepada Fouziah dan Zhafran!

 

fouziah lamaran 2 Gambar: Instagram Fouziah Gous

 

Share via
Copy link