Gambar Majlis Malam Berinai Noor Nabila

Bertemakan Arab, majlis malam berinai kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila sungguh meriah. 

 

Gambar : Instagram Noor Nabila

 

Bakal bergelar isteri kepada Sharnaaz Ahmad pada hari ini iaitu 31 Mac, Nabila diraikan dengan majlis berinai serba ayu menawan dengan busana dari MimpiKita.

 

Menerusi live update di Instagram miliknya, majlis tersebut dihadiri oleh saudara terdekat serta rakan-rakan rapat bagi pasangan yang bakal diijab kabulkan malam ini.

 

Sebelum ini, kad jemputan ke perkahwinan Sharnaaz dan Nabila menarik perhatian ramai kerana rekaannya yang bertatahkan batu kristal Swarovski.

 

Rata-rata peminat pasangan ini menghantar komen-komen yang positif serta mendoakan supaya majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar. Nabila dan Sharnaaz telah mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun lalu dan pada Disember tahun lalu, aktor popular tersebut telah menghantar rombongan merisik Nabila di kediaman keluarganya.

 

EH! kongsikan gambar kemeriahan di majlis malam berinai Noor Nabila di bawah. Tahniah buat pasangan ini!

 

✨ debaran sudah terasa ? Dress by : @mimpi_kita Make up : @nvdism Captured by : @wedlocx

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Henna by @sheemahenna ??

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

 

Share via
Copy link