Gergasi K-Pop Kembali!

kpop2

 

Tahun 2014 bakal menyaksikan kembali penguasaan kumpulan-kumpulan ikonik K-Pop yang agak sepi tahun lalu ataupun kurang menyengat comeback mereka serta kumpulan yang berazam untuk kembali mengetengahkan ilham yang lebih mengujakan.
 
TVXQ memulakan langkah dengan promosi sukses lagu Something sepanjang Januari yang berjaya menduduki tempat teratas carta. Diikuti dengan CN Blue yang muncul dengan irama segar Can’t Stop dan terbaru Girls Generation tampil dengan album mini Mr.Mr hari ini yang memuatkan enam lagu aneka genre khusus buat peminat Sones yang sudah lama menanti kemunculan barisan jelitawan Korea Selatan ini.
 
2ne1 juga sedang rancak mengeluarkan teaser untuk album terbaru Crush yang dikhabarkan berunsur kombinasi R&B, reggae dan hip hop sekaligus memulakan konsert jelajah sedunia All Or Nothing. Beberapa kumpulan yang sedang giat mempromosi lagu terbaru masing-masing termasuk Girls Day (lagu Something), B1A4 (lagu Lonely) dan BToB (lagu Beep Beep) yang turut mendaki carta dengan konsep tersendiri.
 
Akan datang mulai musim bunga dan panas nanti adalah beberapa lagi comeback kumpulan yang punyai jutaan peminat seluruh dunia seperti Infinite, MBLAQ, Beast dan Big Bang. Dengan album baru dengan konsep yang lebih menarik, setiap agensi turut merangka promosi eksklusif serta konsert jelajah untuk menemui peminat. Namun belum ada sebarang petunjuk comeback untuk Super Junior dan 2PM dengan projek terbaru mereka.
 
Jika tahun lalu EXO menunjukkan taring dengan lagu Wolf dan Growl, mungkinkah tahun ini bakal menjadi milik kumpulan idola senior untuk kembali bertakhta? Comeback bintang K-Pop yang mana paling anda nantikan?
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link