Gigi Hadid dan Zayn Malik Bercinta Semula Selepas Dua Tahun Berpisah

Pasangan Hot-Hollywood ini pernah mengundang kekecewaan peminat apabila mereka mengumumkan untuk berpisah pada bulan Mac 2018.

Tetapi kini, satu gambar paparazi telah tersebar yang memaparkan kemesraan Zayn dan Gigi sekaligus menimbulkan spekulasi yang mereka telah menjalin hubungan semula. Mereka berdua dilihat berjalan berdua di kota New York dan tampaknya begitu intim seperti dulu, riaknya bagaikan seperti pasangan yang sedang dilamun cinta. Aww..

Foto: Gettyimages

Sumber mengatakan mereka berdua keluar untuk menyambut ulang tahun kelahiran Zayn memandangkan tarikh gambar yang dirakam bersamaan dengan tarikh lahir Zayn iaitu pada 12 Januari.  Adik-beradik Gigi iaitu Bella dan Anwar Hadid turut dilihat bersama mereka pada malam itu termasuk Dua Lipa.

Foto: pagesix.com

Sebelum ini, Gigi telah menjalinkan hubungan bersama bekas peserta The Bachelor, Tyler Cameron. Namun mereka berdua telah berpisah pada bulan November tahun lalu. Sumber mengatakan yang Gigi “sentiasa mempunyai soft spot untuk Zayn dan mereka mempunyai banyak sejarah bersama… Gigi sangat menyokong Zayn.”

Kedua-duanya baik Gigi mahupun Zayn masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai berita ini. Kita tunggu saja okey! #ZiGiForever

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link