Goodbye To Scalpers! Anda Boleh Dapatkan Tiket BLACKPINK Dengan Diskaun 10% Di Shopee

Usah bimbang lagi buat peminat BLACKPINK yang masih tidak dapat membeli tiket ke konsert “In Your Area” kerana ini penyelesaiannya yang lebih menjimatkan.

 

Gambar : Google

 

Media sosial kecoh dengan luahan ketidakpuas hati peminat-peminat K-pop kumpulan BLACKPINK pabila ramai yang tidak dapat membeli tiket ke konsert tersebut dek kerana rata-rata ia telah disambar habis oleh individu-individu yang digelar ‘scalpers’ yang mana berniat untuk menjual semula tiket ke konsert tersebut dengan harga yang dikatakan agak tidak masuk akal sehinggakan ada yang mencecah 16 kali ganda dari harga asal tiket tersebut.

 

Ia tidak hanya satu tindakan yang tidak adil, malah ia juga bertentangan dengan kepercayaan utama para penonton ke konsert-konsert seperti untuk menyokong artis pilihan dan meraikan muzik yang mereka sukakan.

 

Disebabkan perkara itu serta respon yang melampaui jangkaan, BLACKPINK telah bersetuju untuk membuat persembahan sebanyak DUA KALI di MALAYSIA. 

 

Melihat pada situasi ini dan semangat peminat mereka, anda boleh dapatkan tiket ke konsert BLACKPINK dengan diskaun sebanyak 10 peratus yang mana boleh didapatkan di stor rasmi YG Entertainment menerusi Shopee. Setiap peminat hanya terhad kepada dua tiket untuk satu transaksi.

 

Berikut adalah harga ke konsert BLACKPINK yang akan berlangsung dua hari iaitu pada 23 dan 24 Februari 2019.

 

 

Tawaran hebat ini dibuat dengan harapan dapat memberikan fair deal dan peluang buat peminat BLACKPINK untuk hadir di konsert itu nanti.

 

Anda boleh dapatkan tiket dan merchandise BLACKPINK di https://shopee.com.my/ygentertainment.os. Kuantiti amat terhad! Dapatkannya segera sebelum terlambat.

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link