“Hidup Solo Bukan Hal Negatif,” – Khloe Kardashian

Jika dibandingkan dengan kakak dan adik-adiknya, kisah cinta Khloe Kardashian mungkin adalah yang paling dramatik sekali.

Foto: Business Insider

Skandal Tristan Thompson bersama Jordyn Woods benar-benar satu dugaan hebat buat Khloe. Tristan telah banyak berlaku curang dengan Khloe sewaktu hubungan mereka bersama. Tidak hairanlah sekarang ini Khloe hanya ingin fokus kepada dirinya, anak perempuannya Tru dan coparenting bersama Tristan.

Foto: The Blast

Dalam satu klip episod terbaru Keeping Up With The Kardashians, Kris Jenner berkata ramai ahli keluarganya yang bertanyakan tentang kehidupan peribadi Khloe dan sebab mengapa dia masih belum menjakinkan hubungan cinta baru. Khloe dengan tenang memberi respon, “Saya tak fikir pun tentang itu.” Pengasas The Good American ini juga berkata dia tak pernah berjumpa sesiapa semenjak dia dan Tristan berpisah dan tak berminat apabila kawan-kawannya cuba untuk kenalkan dengan orang lain. “Saya fokus kepada diri sendiri dan True and that’s just what I do. Siapa tahu, maybe I’ll never date again.”

Kris selepas itu kelihatan sedikit terkejut dengan penjelasan Khloe dan menyuruhnya untuk freeze her eggs jika dia tak mahu bercinta dengan sesiapa lagi. Tetapi sudah tentu, Khloe tidak setuju dengan cadangan Kris.

Khloe juga pernah berkata sebelum ini dia tidak faham kenapa ramai yang begitu tertarik dengan kisah cintanya, “Saya rasa sangat pelik kenapa orang ramai rasa menjadi single adalah sesuatu yang negatif.”

Share via
Copy link