Semarak Perkahwinan Bintang Hollywood

Oleh: Mujahid Saddam
 
Sungguh meriah Hollywood kebelakangan ini dengan perkahwinan ramai selebriti mereka. Angelina Jolie dan Brad Pitt mengejutkan orang ramai melalui perkahwinan secara rahsia di Perancis. Terbaru, pelakon High School Musical iaitu Ashley Tisdale pula mengikat tali cinta. EH! himpunkan gambar indah perkahwinan selebriti-selebriti ini untuk tatapan anda.
 
1. Angelina Jolie & Brad Pitt

Angelina Wedding DressGambar: Majalah People

 

Angelina Jolie3Gambar: Majalah Hello!

 

Angelina menyarungkan busana anggun klasik Atelier Versace yang dijahit khas untuknya. Gaun serta veil yang disarungkannya dihiasi lukisan hasil kreativiti anak-anak mereka. Brad Pitt pula menyarung sut milik sendiri yang dipadankan dengan tali leher milik anak lelaki kerana dia lupa untuk membawanya.

 
2. Ashley Tisdale

Ashley Tisdale

Ashley Tisdale2

Ashley Tisdale3Gambar: Instagram Ashley Tisdale

 
Pelakon High School Musical yang berusia 29 tahun ini akhirnya mengikat tali perkahwinan dengan pemuzik Christopher French. Ashley yang mengenakan gaun putih beserta kalungan bunga di kepala kelihatan sungguh menawan di perkahwinan berkonsepkan taman. Dia diapit oleh pengapit yang memakai gaun rona romantik merah jambu, nude serta kelabu. Salah seorang pengapit tersebut adalah Vanessa Hudgens, yang turut sama bergandingan dengannya dalam High School Musical.
 
3. Ashlee Simpson

Exclusive... Ashlee Simpson Marries Evan Ross In Connecticut - NO WEB USEGambar: TPGVIP

 

Ashee Simpson3

Ashee Simpson2Gambar: PacificCoastNews

 

Ashee SimpsonGambar: Houghton Bride

 
Penyanyi yang popular dengan lagu Pieces of Me ini melangsungkan perkahwinan dengan anak kepada penyanyi lagenda Diana Ross iaitu Evan Ross. Majlis yang penuh gaya dengan tema Bohemian, Ashlee mengenakan gaun renda indah rekaan Houghton Bride, bersama perhiasan kepala yang diselitkan ke rambut panjangnya. Pengantin lelaki pula mengenakan sut segak beserta topi fedora yang menonjolkan personaliti serta stailnya yang tersendiri. Kakak Ashlee iaitu Jessica Simpson yang juga merupakan pengapit turut memakai gaun putih beserta mahkota.
 
4. Katie Leclerc

Katie LaClercGambar: Instagram Katie Leclerc

 

Katie-LeClercGambar: gideonphoto.com

 

Katie LaClerc2

Katie LaClerc3Gambar: Instagram Giles Marini

 
Pelakon drama bersiri Switched At Birth itu melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan, Brian Habecost. Kelihatan anggun dengan gaun putih moden, majlis itu turut dihadiri keluarga besarnya dalam drama itu.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link