How fanatic are you with FANATICS the six? Ikuti pengalaman EH! bersantai bersama bintang K-Pop baharu di ibu kota Korea

Di sebalik dunia hiburan Korea yang mencetus fenomena yang bersifat mega ialah kerja keras dan latihan yang berterusan setiap mereka yang menginginkan kemahsyuran dan kejayaan. Kelas latihan dan persediaan rapi berterusan sebelum mereka benar-benar layak bergelar bintang K-Pop. September lalu saya diajak ke Seoul untuk pergi mengenjuk kumpulan nyanyian K-Pop baharu yang dinamakan sebagai Fanatics the six. Mereka tampil dengan identiti unik bersama personaliti yang mudah didekati dan lihat sendiri bagaimana mereka menghabiskan masa dengan latihan, dan pada hujung minggu pula mereka mengajak saya dan menjenguk destinasi makanan dan tempat beli belah yang mereka gemari!

 

Semasa sesi temubual ‘close up and personal’ bersama Fanatics the six

Suhu dingin dan angin yang berhembus perlahan menjadikan eksploarsi hari pertama lebih menyenangkan. Hari pertama tiba kami terus langsung berjumpa kesemua gadis Fanatics di salah sebuah pejabat di kawasan Gangnam dan menemubuat mereka berkenaan stail , kecantikan dan kehidupan sebagai seorang selebriti K-Pop. Ini antara butiran perbualan saya dan mereka.

 

Sesi latihan menari Fanatics bersama guru tari profesional

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah perkara yang paling menarik bila menjadi ahli kumpulan K-pop?

Do Ah : Sudah semestinya bila dapat membuat persembahan secara live selepas beberapa latihan kareografi dan bila setiap dari kami dapat menonjolkan identiti dan bakat yang kami ada.

YoonHye : Bagi saya apa yang menarik bila kami berpeluang untuk mencuba cabang hiburan lain seperti berlakon dan persembahan muzikal dan bukan sahaja tertumpu pada nyanyian dan bersembahan sahaja.

Doi : Bagi saya pula mendapat sokongan dan kasih sayang dari peminat adalah antara pencapaian yang paling berharga dan semestinya bila dapat membuat persembahan secara live di pentas juga.

Sika : Seronok bila dapat berjumpa dengan peminat, especially meet and greet, berpeluang berjumpa setiap dari mereka dan memberi tandatangan.

Chia Yi : Paling istimewa bagi saya bila diundang ke pelbagai rancangan atau program TV.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link