Jarak Usia 16 Tahun Tidak Halang Intan Najuwa Bergelar Tunangan Usahawan

Gambar: instagram.com/intannajuwa

 

Jarak perbezaan usia 16 tahun tidak menghalang pelakon Intan Najuwa mengikat tali pertunangannya dengan usahawan Razrul Anwar Rusli, Ahad lalu.

 

Memilih tanggal 18 Ogos 2019 sempena tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-22, Intan yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu difahamkan mula mengenali jejaka berusia 38 tahun itu kira-kira setahun lalu.

 

Tambah Intan, beliau ikhlas menerima lamaran tersebut kerana sikap tunangnya yang matang dan penyayang.

 

Menurut sumber daripada mStar, mereka tidak merancang untuk bertunang namun tiba-tiba sahaja terdetik untuk melangsungkannya selepas direstui keluarga.

 

“Saya tidak pernah berkawan dengan seseorang yang jauh lebih tua dari usia saya. Selepas mengenali dia, saya rasa keserasian itu ada.

 

“Saya rasa dia lain daripada yang lain. Dia baik, matang, supportive dan yang paling penting sia sangat memahami jadual kerja saya,” katanya.

 

 

Beliau yang merancang mengikat tali pertunangan selama enam bulan itu masih belum menetapkan tarikh pernikahannya kerana jadual kerja yang sangat padat.

 

“Tengoklah macam mana, kalau dah confirm nanti, saya akan kongsikan dengan semua,” tambahnya lagi.

 

Majlis pertunangan yang berlangsung di Thistle Hotel, Johor Bahru itu berlangsung dengan meriah dengan dihadiri kunjungan rakan artis serta saudara terdekat daripada kedua-dua belah pihak.

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link