Jelajah Sulung Putera George

 
DUKE AND DUCHESS OF CAMBRIDGE ARRIVE IN WELLINGTON

Gambar: TPGNews

 
Nampaknya, Putera George sudahpun memulakan tugas rasminya sebagai pewaris takhta diraja Britain dengan menyertai kedua ibubapanya dalam jelajah tiga minggu ke New Zealand dan Australia. Semalam, Putera William dan Duchess of Cambridge Catherine Middleton bersama Putera George tiba di Wellington dalam cuaca mendung, berangin dan gerimis.
 
Malah Kate yang mengenakan persalinan serba merah rekaan Catherine Walker serta mendukung anaknya cukup tenang menuruni tangga pesawat walaupun perlu mengimbangi diri dari angin kencang dan tangga yang basah. Kate Middleton turut memakai kerongsang simbol New Zealand daripada koleksi Ratu Elizabeth yang dihadiahkan ketika kunjungannya ke sini pada 1953.
 
NEW ZEALAND-WELLINGTON-BRITISH PRINCE WILLIAM-VISIT DUKE AND DUCHESS OF CAMBRIDGE ARRIVE IN WELLINGTON The Duke And Duchess Of Cambridge New Zealand Tour

Gambar: TPGNews

 
Bayi diraja yang berusia lapan bulan yang menjadi tumpuan dunia kini juga cukup tenang dalam persalinan serba putih dan kardigan. Namun oleh kerana keadaan cuaca yang tidak begitu baik, Putera George tidak menyertai pasangan diraja untuk sesi ramah mesra di laman Government House yang menyaksikan Putera William dan Kate melakukan upacara hongi iaitu sentuhan sesama hidung sebagai tanda menyambut tetamu masyarakat tempatan. Rombongan juga disambut dengan tarian pahlawan Maori serta sesi bertemu dengan warga tempatan yang nyata sekali tidak menghiraukan keadaan cuaca untuk bertemu dengan pasangan popular ini.
 
Menurut laporan media, Putera George akan hanya dibawa bersama untuk beberapa acara rasmi dan Putera William bersama Kate akan menghadiri beberapa lawatan rasmi termasuk bertemu pengarah Lord of the Rings, Peter Jackson. Berbanding Putera William yang sudah beberapa kali ke benua ini sejak kecil lagi, Kate tidak pernah menjejakkan kaki ke New Zealand mahupun Australia sebelum ini dan sangat teruja untuk melalui pelbagai pengalaman baru.
 
The Duke And Duchess Of Cambridge New Zealand Tour The Duke And Duchess Of Cambridge New Zealand Tour

Gambar: TPGNews

 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link