Jennifer Lopez Disaman Gara-Gara Gambar Instagram

Berdasarkan laporan E! News, Jennifer Lopez telah disaman kerana memuat naik gambar di Instagram tanpa kebenaran jurugambar tersebut.

Foto: Pinterest

Berdasarkan dokumen mahkamah yang diterima oleh E!, Steve (jurugambar) adalah pemilik gambar tersebut dan dia menuntut ganti rugi sebanyak USD150,000 untuk pelanggaran hak cipta.

Menurut tuntutan mahkamah (kepada J.Lo dan syarikat produksinya), “Defendants did not license the Photograph from Plaintiff for its Website, nor did Defendants have Plaintiff’s permission or consent to publish the Photograph on its Website.”

Foto: Celebmafia

Tuntutan ini difailkan oleh peguam Richard Liebowitz, yang berkata kepada E! News, “Ini adalah salah satu contoh selebriti menggunakan foto jurugambar tanpa kebenaran untuk promosikan diri mereka di media sosial. Bilangan likes yang diterima gambar tersebut dicampur dengan bilangan followers media sosial mereka adalah satu teknik untuk mengkomersialkan post mereka.”

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama J. Lo telah disaman kerana sekeping gambar. Dia juga pernah disaman sebanyak USD150,000 kerana memuat naik gambarnya bersama Alex Rodriguez di Instagram Story pada tahun 2017.

Share via
Copy link