Jinwoon 2AM Kemalangan

Ahli kumpulan 2AM, Jinwoon telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebaik pulang dari membuat persembahan. Menurut pihak pengurusannya, kereta yang dipandu Jinwoon telah berlanggar dengan sebuah trak 25 tan.
 
jinwoon-kemalangan

Gambar: en.korea.com

 
Jinwoon mengalami keretakan pada buku lali, dan luka sepanjang 10cm. Ketika kejadian, seorang staf dari Big Hit Entertainment (label yang menguruskan kumpulan 2AM) turut berada dalam kereta berkenaan. Menurut portal yang melaporkan kejadian ini, Jinwoon telah menjalani pembedahan namun status keadaannya masih tidak dapat dipastikan lagi.
 

Share via
Copy link