Jinyoung GOT7 Elak Bersentuhan Dengan Gadis Bertudung Kerana Rasa Hormat

Viral di media sosial mengenai tindakan Jinyoung GOT7 yang cuba mengelak dari bersentuhan dengan seorang peminatnya yang bertudung.

 

bc1ccb32171ea1fe653a127045380423

Gambar : Sumber Google

 

Menerusi video berdurasi empat saat itu yang dikongsikan oleh kelab peminat mereka di Malaysia di dalam laman sosial Facebook dan Twitter, Jinyoung dilihat sedang berada di atas pentas dan berpeluang untuk menemui beberapa orang peminatnya yang bertuah di Malaysia.

 

Sesi bertemu peminat itu dinamakan Hello Session. Ketika sesi itu berlangsung, beberapa orang gadis sedang melintasinya di atas pentas dan seorang gadis bertudung kelihatan agak teruja untuk bertemu dengannya sambil melambaikan tangan ke arahnya dan cuba untuk memberikan hi-5 dengan Jinyoung yang juga sedang membalas lambaian peminatnya itu. 

 

 

Dengan pantas, Jinyoung menarik tangannya dari bersentuh dengan gadis berkenaan. Insiden tersebut serta-merta mendapat pujian ramai serta viral di media sosial kerana kepekaan bintang k-pop atas rasa hormat kepada perempuan bertudung.

 

GOT7 terbang ke Malaysia untuk kali kedua sempena siri jelajahnya iaitu GOT7 Flight Log Turbulence 2016. Ketika majlis tersebut berlangsung, ahli kumpulan GOT7 juga telah memakai sarung tangan untuk bersalaman bersama peminat mereka demi rasa hormat kepada perempuan bertudung.

 

 

Share via
Copy link