JLo Mahu Keluar American Idol?

 

FWRO

Gambar: TPGNEWS

 
Kemasukan semula Jennifer Lopez atau JLo dalam American Idol (AI) menggantikan Mariah Carey seakan tidak membawa perubahan. Strategi itu nyata tidak menjadi apabila rating program pertandingan realiti nyanyian yang sudah memasuki 13 musim terus merudum. Senario membimbangkan membuatkan kru produksi termasuk JLo sendiri mula sibuk merisik pekerjaan lain sebagai persediaan.
 
Akui sumber, mereka yang bekerja dgn AI bukan orang baru dalam industri sekali gus mampu ‘menghidu’ tanda awal kapal akan karam. “Semua kru mengerti sesuatu harus dilakukan selepas kedengaran program ini bakal direhatkan. Mereka enggan karam bersama kapal,” kata sumber secara berkias. Hingga kini gosip itu belum dapat disahkan.
 
AI musim ke-13 kendalian Ryan Seacrest masih lagi berlangsung dengan membariskan Keith Urban & Harry Connick Jr sebagai juri selain JLo. Mungkinkah kombo juri ini kurang menyengat atau barisan peserta yang kurang bakat?
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link