Jonas Brothers Kembali Selepas Hampir 6 Tahun Dengan Single Baharu

Hampir 6 tahun mendiam, kini adik-beradik Jonas Brothers kembali dengan single baharu berserta video muzik yang dibintangi wanita-wanita yang disamping mereka.

 

Dunia muzik Amerika Syarikat dikejutkan dengan kembalinya kumpulan trio adik-beradik Jonas Brothers yang dianggotai Nick Jonas, Joe Jonas dan Kevin Jonas. Kumpulan ini baru sahaja melancarkan trak baharu mereka berjudul Sucker.

 

Buah tangan terkini kumpulan ini turut hadir dengan video muzik yang dibintangi oleh Danielle Jonas, Priyanka Chopra dan Sophie Turner. Menerusi lagu pop menceritakan tentang head-over-heels di dalam perhubungan mereka, trio tersebut menyanyikan “I’m a sucker for you/Say the word and I’ll go anywhere blindly/Any road you take you know that you’ll find me” dan “You’re making the typical me/Break my typical rules” kepada isteri dan tunang mereka.

 

 

Video seksi itu memperlihatkan seakan kumpulan rock yang menyarung kostum cukup avant-garde sepertinya mereka tinggal di dalam fantasi Alice in Wonderland di sekitar istana.

 

Adegan pembukaan bercirikan adik-beradik itu memakai pakaian yang cukup memukau dalam persalinan merah berkilau untuk jaket Kelvin, merah top-to-te untuk Nick dan jaket hitam tradisional berserta turtleneck untuk Joe.

 

 

Sepanjang video muzik itu, setiap pasangan diberi peluang untuk bersinar serta cukup intimasi sebelum mereka berkumpul bersama-sama dalam satu kumpulan dan pose sementara seorang pelukis melakar portret mereka.

 

Kumpulan trio ini mengesahkan mereka kembali menyinar semula sebagai sebuah kumpulan nenerusi Instagram pabila mereka berkongsi berita akan single terbaharu Sucker serta kemunculan di rancangan The Late Late Show with James Corden yang dijangka akan dilancarkan pada minggu hadapan.

 

View this post on Instagram

We’re baaaccckkkk… @latelateshow #LateLateJonas

A post shared by Jonas Brothers (@jonasbrothers) on

 

Adik-beradik Jonas ini secara rasminya berpecah pada tahun 2013, ketika mereka sedang bersiap sedia untuk melancarkan LP ke-5 mereka. Pada ketika itu, Nick pernah memberitahu portal PEOPLE yang mereka mengundur diri kerana ingin mengutamakan keluarga mereka.

 

Kevin menambah, “Kami memilih keluarga kami kerana ia seakan menjadi semakin toksik.”

 

Selepas berpecah, Nick dan Joe memulakan karier solo. Nick melancarkan album berjudul namanya sendiri pada tahun 2014, kemudian Last Year Was Complicated pada tahun 2016.

 

Joe yang sebelum ini pernah melancarkan usaha solonya, Fastlife pada tahun 2011, kemudian funk-pop act DNCE pada tahun 2015, serta hit untuk Cake by the Ocean di dalam album self-titled 2016 LP.

 

Menurut adik-beradik terkenal ini, ketika perpecahan kumpulan itu, mereka kian fokus pada keluarga mereka. Kevin kemudian berjaya memasuki dalam arena real estate selepas JoBros. Dia dan isterinya, Danielle (berkahwin pada tahun 2009) turut menimang dua cahaya mata perempuan iaitu Alena Rose, 5 tahun, dan Valentina Angelina, 2 tahun. Nick berkahwin dengan aktres Quantico, Priyanka Chopra pada Disember lalu, manakala Joe telah pun bertunang dengan bintang Game of Thrones, Sophie Turner.

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link